#TULAR ~ Warga Los Angeles gempar kelihatan cahaya aneh

Rakaman yang dirakam penduduk Los Angeles. - Foto sumber Twitter

LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Beberapa penduduk Los Angeles merakam penampakan cahaya aneh di langit dan menyatakan mereka 'seram' dengan keadaan sedemikian.

Cahaya tersebut yang kelihatan bagaikan UFO (objek terbang tidak dikenal pasti) bergerak dengan perlahan bermula dari California selatan.

Rupa-rupanya, cahaya tersebut adalah hasil percikan api roket Falcon 9 milik agensi angkasa SpaceX yang dilancarkan dari markas tentera udara Vandenberg.

Roket berkenaan membawa 10 satelit milik Iridium Corporation yang akan dilancarkan ke orbit rendah Bumi.

Pelancaran tersebut merupakan pelancaran ke-18 SpaceX.

Los Angeles Times mengatakan kesemua satelit berjaya dilancarkan.


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Catat Ulasan