#BONGKAR ~ Misteri mumia menjerit ketika mati


WAJAH mumia ini memaparkan ekspresi muka seperti sedang menjerit sebelum kematiannya.

KAHERAH, Mesir – Sekumpulan ahli arkeologi di sini berjaya merungkai misteri mumia berusia 3,000 tahun yang memiliki ekspresi wajah menjerit ketika ditemui di sebuah makam purba pada tahun 1886.

Analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap sampel mumia itu mendapati, ia berkemungkinan merupakan anak kepada Firaun Ramses III yang mati dibunuh.

Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa mumia yang dikenali sebagai Screaming Mummy itu telah dihukum gantung sampai mati kerana merancang untuk membunuh bapanya.

Mumia itu dikuburkan di makam Deir El-Bahari, berhampiran tebing Sungai Nil, sebelum ditemui hasil penyelidikan sekumpulan pakar arkeologi di kawasan tersebut.

Ketika ditemui, mumia itu berada dalam keadaan terpelihara dengan badannya dibalut dengan kulit kambing selain mulutnya ternganga.

Mumia yang turut digelar Unknown Man E itu kini dipamerkan untuk tatapan pengunjung di Muzium Mesir, dekat sini buat kali pertama selepas ia ditemui. – Agensi

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment