#KEJAM ~ Wanita nekad kerat zakar, testikel suami kerana syaki ada skandal

Mangsa dilaporkan mengalami pendarahan serius susulan insiden di utara India itu.

NEW DELHI - INDIA. - Seorang ibu kepada dua anak nekad memotong zakar dan testikel suaminya serta turut mengepam organ seks itu ke dalam tandas selepas menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit.

Azad Singh berada dalam keadaan kritikal di hospital selepas mengalami pendarahan serius susulan insiden di kediaman keluarganya di Joginder Nagar, utara India.

Menurut polis, Sukhwant Kaur menunggu suaminya tidur sebelum memukul mangsa hingga pengsan dengan batang besi dan mengerat organ seksnya dengan pisau.

"Dia bertindak demikian kerana mendakwa suaminya ada skandal dengan wanita lain," kata Penolong Pesuruhjaya Jalandhar, Satinder Kumar.

Susulan insiden itu, bapa mangsa mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa dan siasatan telah dilancarkan ke atas kes tersebut. - Daily Mail

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment