#MACAM-MACAM ~ Mana Nedim? Bapa Tunggu Kenapa Tak Muncul?Apa Kes?

Apa jadi kemelut anak-beranak antara Nedim Nazri, ibu tirinya Datin Seri Haflin Saiful Azhar dan bapanya Datuk Seri Nazri Aziz?

Minggu lalu dalam laman Instagram, Haflin yang berperang melalui alam siber dengan Nedim mencabar pemuda itu untuk muncul berjumpa bapanya di Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Jalan Ampang di sini pada Isnin bagi menyelesaikan beberapa masalah antara mereka.

Nampaknya Nedim tidak menyahut cabaran ibu tirinya itu apabila dia tidak muncul seperti yang diminta oleh Haflin.

Beberapa wartawan juga dilihat berkumpul di hadapan bangunan utama MaTiC untuk menunggu kehadiran Nedim sejak pukul 12 tengah hari namun hampa apabila dia gagal hadir bagi menyahut cabaran berkenaan.

Usaha pihak media untuk mendapatkan kenyataan Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan gagal kerana jadual kerja beliau yang tidak mengizinkan.

Haflin kini bahagia dengan Nazri.

Pihak media juga dimaklumkan oleh wakil Nazri bahawa beliau turut menunggu kehadiran Nedim sejak pagi namun perlu menyambung mesyuarat yang ditangguhkan disebabkan kegagalan anaknya itu hadir.

Sebelum ini Nazri ada ‘bersuara’ tentang kewajaran isterinya Haflin membuat berberapa kenyataan terbuka di laman sosial mengenai Nedim yang turut menjadi mangsa buli siber pemuda itu.

Haflin yang juga ibu kepada seorang anak lelaki turut memuat naik surat deklarasi perkahwinannya dengan Nazri di laman Instagramnya.

Perang siber antara anak dan ibu tiri itu mendapat perhatian ramai apabila mereka sering membalas kenyataan.

Ketidakhadiran Nedim itu seolah-olah memperlihatkan dia enggan melayan permintaan Haflin selain dia juga mungkin sibuk mengurskan restorannya di Bangsar.

mStar Online juga mendapati Nedim itu turut sibuk dengan jemputan termasuklah menghaidiri majlis resepsi perkahwinan Betty Rahmad pada Ahad.

Dia juga ketika ini memberi tumpuan yang lebih banyak buat cinta hatinya, Nora Danish yang sedang sarat mengandung.

Apa-apa pun mudah-mudahan perselisihan faham anak-beranak ini dapat diselesaikan dengan baik.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Catat Ulasan