#PRU 14 ~ Muktamad! PAS tanding lebih 130 parlimen - Hadi


KEPALA BATAS: PAS muktamad akan bertanding lebih 130 kerusi Parlimen dengan turut mengambil kira kewajaran serta kekuatan sebahagian besar kawasan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti.

Malah, PAS akan menampilkan lebih ramai calon muka baru dan muda yang juga terdiri daripada calon bukan Islam dan wanita dari blok ketiga Gagasan Sejahtera, Dewan Himpunan Penyokong PAS dan puluhan NGO.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata calon-calon tersebut telah mendapat kelulusan melalui Majlis Syura Ulamak pada tiga minggu lalu.

Ujarnya pada sidang media Program Dialog Presiden Bersama NGO India di Hotel Sri Malaysia di sini hari ini, PAS akan tetap bertanding di mana sahaja BN, Umno dan DAP bertanding.

"Kita telah membuat pernilaian sendiri dan sudah tentu kita melihat kelebihan kepada pihak kita sendiri," katanya menjawab soalan media mengenai kelebihan mana-mana parti apabila berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRU nanti. - HARAKAHDAILY

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Catat Ulasan