#FENOMENA ALAM ~ Fasa peralihan monsun bermula hari ini - MET Malaysia

Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada terhadap keadaan cuaca dan sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca ketika tempoh peralihan monsun yang dijangka bermula hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) menerusi kenyataan hari ini berkata fasa peralihan monsun itu akan berterusan sehingga pertengahan Mei tahun ini sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut.

"Dalam tempoh ini, kawasan serantau negara akan mengalami tiupan angin daripada pelbagai hala dengan kelajuan yang rendah.

Keadaan cuaca yang lazim semasa tempoh itu ialah hujan lebat, ribut petir dan angin kencang terutamanya pada waktu petang dan awal malam," kata kenyataan itu.

Ia lebih kerap berlaku di kawasan negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.

Katanya, ribut petir kuat yang disertai hujan lebat dan angin kencang itu boleh menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang MET www.metgov.my, aplikasi mobil myCuaca dan Rakan MET atau laman sosial Facebook Malaysiamet dan Twitter @malaysianmet, SMS 15888 atau talian hotline 1300 22 1MET (1638). - Bernama



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment