#AKUR ~ Akui kesilapan besar, Mark Zuckerberg mohon maaf

Mark Zuckerberg tiba untuk perjumpaan dengan Senator Bill Nelson di Capitol Hill, Washington, 9 April, 2018. REUTERS

WASHINGTON : Ketua Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, memohon maaf kepada Kongres pada Isnin dan mengaku rangkaian media sosial itu tidak bertindak mencukupi bagi mengelakkan kejadian salah guna data.

Beliau berkata, syarikatnya tidak melakukan secukupnya untuk mengelak kejadian yang memberi kesan buruk dan ia merupakan satu kesilapan besar.

“Kami gagal menjalankan sepenuhnya tanggungjawab kami. Ia satu kesilapan yang besar.

"Ia kesalahan saya dan saya minta maaf. Saya memulakan Facebook, mengendalikannya dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku,” jelasnya.

Zuckerberg berkata demikian menerusi kenyataan bertulis yang dikeluarkan Jawatankuasa Perdagangan dan Tenaga Dewan Amerika Syarikat (AS).

Beliau dijadualkan memberi keterangan kepada dua jawatankuasa Kongres bagi menjawab soalan berhubung kebocoran maklumat peribadi 87 juta pengguna, yang dikongsi secara tidak wajar dengan firma perunding politik, Cambridge Analytica.

ARTIKEL BERKAITAN: #THIS IS YOUR DIGITAL LIFE ~ Data peribadi facebook 87 juta pengguna bocor

Facebook sebelum ini berkata syarikat berkenaan bercadang memberitahu pengguna yang terjejas.

Amalan data syarikat itu kini disiasat Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS.

Zuckerberg akan menyambung keterangan di hadapan panel dewan tersebut hari ini.-Agensi

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: