#BUBAR DUN ~ Azmin, Exco pulangkan kereta rasmi

Mohamed Azmin dan Exco memulangkan kembali kereta rasmi kepada kerajaan negeri selepas selesai Istiadat Pembubaran Dun Selangor hari ini. - Foto Facebook Azmin Ali

SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memulangkan kembali kereta rasmi digunakan kepada kerajaan negeri selepas selesai Istiadat Pembubaran Dun Selangor hari ini.

Turut memulangkan kenderaan rasmi itu exco kerajaan negeri.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi status akaun Facebook miliknya kira-kira jam 1 tengahari dan turut memuat naik gambar beliau dan exco di sisi kenderaan masing-masing.

"Selesai Istiadat Pembubaran Dewan Negeri Selangor, saya dan Exco kerajaan negeri serah kenderaan rasmi kepada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,"katanya.

Difahamkan, Mohamed Azmin kemudian terpaksa memesan khidmat perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi untuk pulang ke rumah.

Status pengumuman itu menerima pelbagai reaksi dan ratusan perkongsian netizen.

"Terbaiklah kurang apa lagi negeri Selangor ku ini, Alhamdulillah cukup semua. Tak perlu kerajaan baru.Yang ni cukup 'best' dah. I love (Saya sayang) Selangor,"kata Seri Wanara dalam ruangan komen status dimuat turun Mohamed Azmin.

Ann Shah Ariffin pula dalam komennya berkata penyerahan yang cukup sempurna, telus dan sungguh profesional.

"Semua wajah berseri sebab niat yang murni dan integriti tinggi. Tiada rasuah, hipokrit dan main kotor. InsyaAllah Selangor tetap kekal di bawah kerajaan PH. Contoh terbaik dan tahniah.

"Amanah...Allah sayang pemimpin begini. Sedikit pun yang bukan hak kita kena pulangkan. Semoga Malaysia mendapat pemimpin begini tak lama lagi. Semoga kemenangan untuk YB semua.

Mengikut undang-undang, dengan pembubaran sesebuah Dun, seorang menteri besar dengan sendirinya menjadi 'menteri besar sementara', sehinggalah kerajaan baru dibentuk dan ketua eksekutif baru dilantik.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment