#COPYRIGHT ~ Alibaba buat tuntutan undang-undang ke atas 'Alibabacoins'

ALIBABA Group Holding Ltd membuat tuntutan tanda dagangan terhadap sebuah firma berpangkalan di Dubai yang dikatakan telah menyebabkan kekeliruan dengan menggunakan nama dagangannya untuk menaikkan lebih daripada AS$3.5 juta dalam matawang digital yang dikenali sebagai “Alibabacoins.”

Memetik laporan Channel NewsAsia, dalam aduan difailkan di Mahkamah di Manhattan, Alibaba berkata, penggunaan tanda dagangan Alibaba-coin ‘yang menonjol, berulang, dan sengaja’ telah direka untuk mengelirukan pengguna.

Alibabacoin, yang juga dikenali Yayasan ABBC, atau firma undang-undangnya segera memberi maklum balas tersebut.

Beberapa jam selepas tuntutan mahkamah difailkan, Hakim Daerah AS Kimba Wood mengeluarkan perintah penahanan sementara yang mengarahkan Alibabacoin untuk menjelaskan pada 11 April depan.

Tuntutan undang-undang itu bertujuan menghentikan pelanggaran tambahan yang didakwa, dan pampasan ganti rugi.

Alibaba secara berkala terlibat dalam tuntutan undang-undang, sebagai plaintif dan sebagai defendan, atas dakwaan penjualan barangan tiruan di laman webnya.

Seperti syarikat lain, ia juga menggunakan litigasi untuk mempertahankan apa yang dianggap sebagai usaha yang tidak wajar untuk menjual reputasinya.

Alibaba menuduh Alibabacoin menggunakan “fokus tunggal untuk memanfaatkan reputasi plaintif untuk berjaya” dengan menggunakan tanda dagangannya “tanpa mengubah, dalam banyak keadaan” untuk menjual aset matawang digital.

Walaupun Alibaba berulang kali berkata “ia tidak berminat untuk bergerak ke dalam ruang cryptocurrency,” kekeliruan terhadap peranannya telah merebak melalui media, dan Alibabacoin “tidak melakukan apa-apa untuk memerangi atau membetulkan kekeliruan ini,” aduan tersebut.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment