#GILA SEKS ~ Lubang golf jadi tempat lampias nafsu

Seorang lelaki dirakam lempias nafsu lubang kesembilan di Lapangan Golf Brackenwood di Merseyside, Ahad lalu.

MERSEYSIDE - ENGLAND. Seorang lelaki dirakam 'mengadakan hubungan seks' dengan lubang kesembilan di Lapangan Golf Brackenwood, Ahad lalu.

Insiden jijik itu dirakam Steven Gayton dan video tersebut tular di media sosial.

Menurut Gayton, sebelum terserampak dengan lelaki gila seks tersebut, dia dan tiga rakan lain baru sahaja menghabiskan permainan di lubang kelapan.


"Masa tu hujan renyai. Dari jauh saya nampak seorang lelaki tanpa baju berbaring di atas rumput di lubang kesembilan.

"Bila diamati, seluarnya sedikit terlondeh dan lebih mengejutkan dia cuba melakukan aksi seks dengan lubang tersebut," kata Gayton.

Tambah Gayton lagi, beberapa minit kemudian pemuda itu bangun tanpa rasa bersalah dan menghilangkan diri di kawasan semak berhampiran.

"Saya tak rasa dia dalam keadaan mabuk...saya nampak dia keluarkan telefon pintar dan merakam dirinya 'merogol' lubang golf tersebut.

"Lagi pun tiada CCTV di kawasan ini, mungkin itu salah satu sebab dia berani bertindak sedemikian," ujarnya.

Gayton memuat naik video insiden pelik itu di Facebook dan ia menarik hampir 400,000 tontonan serta ratusan komen daripada netizen.

Seorang pelayar Facebook, Stephen Riley berkata: "Itu mungkin hadiah yang dia dapat selepas berjaya membuat pukulan hole-in-one." - Metro.UK

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment