#GOLD COAST 2018 ~ Hup Wei, Nauraj layak ke final lompat tinggi

Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei - Foto sumber internet

DUA atlet olahraga negara, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa mara ke acara final lompat tinggi pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Kedua-dua atlet tersebut mencatatkan lompatan setinggi 2.21m untuk ke saingan seterusnya di Carrara Sports and Leisure Centre pada Rabu (11 April) ini.

Olimpian negara, Hup Wei tidak mempunyai masalah untuk menempah slot ke final apabila berada di kedudukan kelapan keseluruhan.

Berbanding atlet program podium, Nauraj yang diletakkan dalam keadaan cemas apabila terpaksa menunggu pengesahan keputusan ke final oleh penganjur apabila berakhir di kedudukan ke-13 keseluruhan.

Mengikut format awal, hanya 12 atlet terbaik layak ke final namun Nauraj turut mendapat tempat ke saingan seterusnya apabila mencatatkan rekod sama dengan 12 atlet lain iaitu 2.21m, hari ini. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment