#HOT ITEM ~ Tindakan sita Equanimity tidak sah,siapa pemilik sebenar?

Equanimity

JAKARTA - INDONESIA. Mahkamah Indonesia hari ini mendapati tindakan pihak berkuasa negara itu menyita sebuah kapal layar mewah di perairan Bali pada awal Mac lalu, adalah tidak sah.

Susulan itu, Hakim Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, Ratmoho, memerintahkan supaya kapal layar Equanimity yang bernilai hampir RM1 bilion terbabit, dikembalikan kepada pemilik asalnya.

Keputusan pengembalian aset itu dibuat selepas mahkamah mendapati pihak berkuasa Indonesia tidak mematuhi prosedur undang-undang ketika membuat sitaan.

Ratmoho berkata, pemilik kapal layar terbabit tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah.

“Jika tiada sebarang perlakuan jenayah dibuktikan, aset terbabit tidak boleh disita,” katanya.

Ketika diserbu pihak berkuasa Indonesia, kapal mewah yang didaftarkan di Pulau Cayman itu, sedang belayar di perairan Bali bersama 36 kru.

Keputusan mahkamah hari ini dibuat selepas enam minggu kapal itu disita pihak berkuasa Indonesia, yang bertindak atas permohonan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Tindakan DOJ menyita kapal layar mewah ‘The Equanimity’ dengan kerjasama pihak berkuasa Indonesia, kini dicabar di mahkamah Indonesia dan Amerika Syarikat (AS). - Agensi

Nota:Sekarang timbul persoalan....Siapakah pemilik sebenar kapal mewah tersebut?

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment