#PANAS ~ Demi Allah,Setiap Inci Tanah Tentera Diswastakan - Rafidah Aziz

BERANIKAH NAJIB, HISHAMMUDDIN BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH JUGA SEPERTI RAFIDAH?

Walaupun Menteri Pertahanan yang juga sepupu Najib Razak, Hishamuddin Hussein sudah tampil menafikan dakwaan Rafidah Aziz berhubung pemilihan isu tanah seluas 40 ribu hektar milik Kementerian Pertahanan, siapa benar dan siapa berbohong nampaknya belum lagi berakhir.

Hishammuddin dalam kenyataannya semalam menyatakan dakwaan Rafidah itu penuh dengan informasi tidak tepat serta dalam kes-kes tertentu, merupakan suatu pembohongan.

Beliau turut menyelar bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana membangkitkan perkara tersebut.

Selebihnya, Hishammuddin tidak menyertakan apa-apa bukti atau fakta dalam penafiannya itu.

Sehubungan jawapan Hishammuddin itu, Rafidah bangkit sekali lagi, kali ini dengan bersumpah atas nama Allah bahawa semua tanah itu telah diswastakan dan dipajak kepada sebuah syarikat swasta selama 40 tahun.

"Wallahi Wabilahi Watalahi...saya bersaksi dengan nama Allah bahawa semua tanah Kementerian Pertahanan telah diswastakan dengan dipajak selama 40 tahun kepada syarikat milik individu.

Jangan nafikan fakta ini," tegas Rafidah lagi.

Dalam konteks berkaitan, beliau turut mencabar Hishammuddin agar mendedahkan kertas kabinet berkaitan penswastaan tanah seluas 40 ribu hektar itu yang dilakukan tanpa tender terbuka dan dibentangkan oleh Najib pada 2008 selaku Menteri Pertahanan ketika itu.

Dengan berani bersumpah atas nama Allah ini, jelas bahawa Rafidah sangat-sangat yakin dengan kebenaran perkara yang didedahkannya.

Jika tidak, mustahil beliau berani mengucapkan "Wallahi Wabilahi Watalahi" dalam dakwaannya.

Maka, beranikah Najib bersumpah atas nama Allah bahawa beliau tidak pernah membentangkan penswastaan tanah milik Kementerian Pertahanan itu?

Beranikah juga Hishammuddin, jika selepas ini ingin terus menafikan dakwaan Rafidah serta menyifatkan dakwaannya itu sebagai suatu pembohongan, agar bersumpah atas nama Allah sama?

"Wallahi Wabilahi Watalahi"...beranikah Najib dan Hishammuddin mengucapkan perkataan itu?

credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: