#PRU 14 ~ Fitnah tanpa bukti,Cubaan terdesak burukkan Pas

Idris (dua, kiri) menerima lebih 30 borang kemasukan ahli Umno daripada Sallehuddin Lebai Yaacob (tiga, kanan) manakala Abd Nasir (dua, kanan).

BALING- Menghukum seseorang tanpa bukti adalah sesuatu yang melanggar konsep sivil mahupun syariah.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, dalam isu fitnah terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dikatakan menerima duit daripada Umno, tindakan Pakatan Harapan menuduh tanpa bukti itu dilihat cubaan terdesak memburuk-burukkan imej Pas.

Malah beliau turut mempersoalkan apakah Harapan akan menggunakan polisi menghukum individu difitnah tanpa dibawa bukti sekiranya memerintah negara.

“Janganlah awak menghukum, kita guna konsep menghukum orang tak salah tu tak kena.

“Jika keadaan ini berlaku, Umno sudahlah berat dan teruk, maknanya jika bawa yang itu, lebih teruklah daripada BN,” katanya kepada Sinar Harian selepas tamat program penyerahan borang kemasukan ahli Pas beramai-ramai di Kampung Charok Puteh, malam semalam.

Menurutnya, beliau juga tidak pasti milik siapa suara rakaman yang didakwa milik Nik Mohamad Abduh itu.

“Dalam dunia teknologi hari ini, pelbagai perkara boleh dilakukan. Saya tak berapa jelas, tak tahu pula orang lain, sebab tu perlu buktikan.

“Beban bukti perlu diletak pada orang yang menuduh,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, tindakan memfitnah Nik Mohamad Abduh tidak menggugat keyakinan ahli Pas.

"Setakat hari ini saya tengok tak ada, jika percaya malam ni orang tak datang ramai,” katanya.

Terdahulu, lebih 30 ahli Umno menyerahkan borang kemasukan menyertai Pas.

Sementara itu, Setiausaha Pas Kawasan Baling, Abd Nasir Idris berkata, dianggarkan lebih 3,000 hadir pada program berkenaan.

“Insya-ALLAH Baling akan sumbangkan kemenangan tiga kerusi Dun bagi pembentukan mudah kerajaan negeri,” katanya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment