#PRU 14 ~ Hak SPR tentukan hari pengundian - Abdul Hadi

KUANTAN, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hak untuk menetapkan hari pengundian pada bila-bila masa termasuk pada Rabu.

Beliau berkata apa yang penting ialah rakyat mempunyai kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab mereka memilih pemerintah negara dan jentera parti menggerakkan kesedaran pulang mengundi dalam kalangan penyokong.

"Jangan kata dia (SPR) buat begini, begitu. Kita tak mahu campur kerana itu hak dia. Dia nak adakan hari apa, kita tetap akan mengundi. Dia buat hari Jumaat sekalipun, bukan sepanjang masa kita solat Jumaat... boleh pergi mengundi," katanya.

Abdul Hadi berkata demikian pada Program Amanat Pilihan Raya PAS Teraju Pahang di Cenderawasih di sini malam tadi, yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas negeri Rosli Jabar dan timbalannya Andansura Rabu.

Semalam, SPR mengumumkan 9 Mei sebagai hari pengundian yang menimbulkan rasa tidak senang di kalangan sesetengah pihak kerana jatuh pada hari bekerja dan pertengahan minggu yang disifatkan sebagai cara untuk mengurangkan peratusan keluar mengundi - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment