#PRU 14 ~ Konsultan bola tak gentar lawan PM di Pekan

Kamarul Ariffin (kiri) pada sidang media pengumuman calon Bersatu di Mentakab, semalam.

TEMERLOH - Biarpun menyedari kerusi yang ditandingi bukan calang-calang, seorang konsultan bola di sini tidak gentar untuk bertanding di Parlimen Pekan pada PRU14 kali ini, sekali gus bakal mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bertanding atas tiket Pakatan Harapan (Harapan), Kamarul Ariffin Mohd Shahar, 45, tetap optimis berdepan lawannya yang juga sudah lama memegang kerusi tersebut.

Menurutnya, beliau mengambil keputusan pucuk pimpinan sebagai cabaran dan menerima hati terbuka.

“Saya tak boleh kata saya yakin tetapi akan mencuba sebaik mungkin dan memberikan cabaran kepada beliau (Najib).

Kamarul Ariffin.

“Saya tidak mahu menabur sebarang janji tetap saya akan cuba bertindak selaku suara kepada warga Pekan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau ditemui selepas sidang media pengumuman senarai calon oleh Parti Bersatu di Bukit Bendera Resort, Mentakab, di sini, semalam.

Seramai 15 calon dari parti tersebut diumumkan untuk bertanding di enam kerusi Parlimen dan sembilan di kerusi Dun di negeri ini.

Sementara itu, Kamarul Ariffin yang juga Ketua Bersatu Bahagian Indera Mahkota berkata, beliau akan memulakan kerja dengan jentera kerja komponen Harapan sehingga hari penamaan calon dan pengundian pada 9 Mei depan.

Sebelum ini, Kamarul Ariffin adalah bekas Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Umno Bahagian Indera Mahkota bagi penggal 2013 - 2017, bagaimanapun bertindak keluar parti tersebut tahun lalu.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment