#PRU 14 ~ Provokasi Mahfuz tidak relevan dan tak logik

Wan Romani dan Radhi semasa turun berkempen dan makan pagi di Pekan Bukit Pinang, pagi semalam.

POKOK SENA - Dakwaan penyandang Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bahawa pencadang dan penyokong bagi calon Pakatan Harapan Dun Bukit Pinang, Che Mat Dzahed Ahmad ialah ahli Pas adalah provokasi semata-mata.

Yang Dipertua Pas Kawasan Pokok Sena, Wan Romani Wan Salim berkata, beliau berharap bekas Naib Presiden Pas itu akan memilih isu yang lebih relevan untuk dijadikan sebagai modal politik selepas ini.

Menurutnya, mana-mana ahli Pas yang sudah terlibat dengan parti lawan akan gugur keahliaannya secara automatik.
“Bukan ahli Pas, sebab jika dah masuk Amanah automatik gugur dengan sendiri. Jika nak provoke (buat provokasi) bagi yang logik,” katanya.
Wan Romani berkata, perjuangan ini bukan berdasarkan peribadi dan kemenangan Mahfuz sebanyak tiga kali pada tiga PRU dahulu atas tiket Pas juga tidak akan memberi kelebihan kepadanya lagi pada PRU14.

Mengulas calon Pas bagi Parlimen Pokok Sena kali ini, Radhi Mat Din juga tidak kurang hebat walaupun pada asalnya adalah bekas pemain bola sepak Kedah dan kebangsaan.
“Radhi bukan sahaja ada pengaruh di Kedah tetapi juga dikenali di negara ini sebab itu beliau diletakkan calon di peringkat Parlimen. Kami tak perlu perkenalkan beliau lagi kerana beliau sendiri sudah menjadi idola terutamanya dalam kalangan orang muda.
“Sebagai YDP Pas Pokok Sena, sebenarnya kebangkitan dan sokongan kepada parti ini lebih menyerlah berbanding PRU lalu. Dalam perarakan calon kelmarin (Sabtu) di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena juga dilihat luar biasa jika mahu dibandingkan dengan dua parti lawan lagi,” katanya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment