#PRU 14 ~ Selepas bubar, pemimpin tak boleh guna kemudahan kerajaan

SYAHREDZAN: Mengikut amalan konvensyen, pemimpin tidak sepatutnya menggunakan kemudahan ketika menjawat jawatan seperti menteri, timbalan menteri, menteri besar dan exco kerajaan negeri bagi berkempen. - Gambar fail

PEMIMPIN parti daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak boleh menggunakan kemudahan disediakan selepas Parlimen dibubarkan.

Menurut pengamal undang-undang, Syahredzan Johan, apabila Parlimen dibubarkan, mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan itu telah lupus.

“Memandangkan selepas Parlimen dibubarkan, negara itu tidak mempunyai kerajaan tetapi kerajaan sementara itu ada bagi memantau pentadbiran negara sehingga ke pilihan raya umum (PRU) sebelum kerajaan baharu terbentuk.

“Jadi mengikut amalan konvensyen, mana-mana pemimpin sama ada daripada parti yang mentadbir Kerajaan Persekutuan mahupun negeri, tidak sepatutnya menggunakan kemudahan ketika menjawat jawatan seperti menteri, timbalan menteri, menteri besar dan exco kerajaan negeri bagi berkempen PRU,” katanya.

Beliau berkata, walaupun ia tiada peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan, namun kerajaan sementara itu bukan kerajaan sebenar yang mendapat mandat rakyat dan mereka tidak boleh membuat sebarang bentuk perjanjian dan aku janji.

“Selain itu, kerajaan sementara ini tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar, polisi, perbelanjaan baharu dan tidak boleh membuat lantikan baharu," katanya.[Awani]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment