#PRU14 ~ SPR umumkan hari mengundi 9 Mei, penamaan calon 28 April

PUTRAJAYA, Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 ditetapkan pada 9 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 28 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari ini.

Pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei

Tempoh berkempen ialah selama 11 hari.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata seramai 14,940,624 juta rakyat Malaysia layak mengundi kali ini.

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mohd Hashim membuat pengumuman itu pada pukul 12.15 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung oleh RTM.

-- BERNAMA

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment