#BAKAL DISIASAT ~ AG Tan Sri Apandi diarahkan bercuti serta-merta.

Apandi diarahkan bercuti serta-merta.

PUTRAJAYA - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali diarahkan bercuti berkuatkuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung pelbagai tuduhan ke atas dirinya.

"Kedudukan beliau agak susah sikit kerana baru diperbaharui kontrak jadi kita perlu ikut undang-undang jika hendak mengantung tugasnya.

"Mula-mula kena buat laporan polis terlebih dahulu untuk siasatan kerana masa ini belum ada laporan rasmi dilakukan walaupun ada banyak tuduhan padanya," katanya dalam sidang akhbar di sini tadi.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, tugas-tugas Peguam Negara akan diambil alih oleh peguam cara negara buat masa ini.- K! ONLINE

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment