#BOLEH KE ~ PAS Mohon SPRM Siasat Kekayaan Tun M?

Sejak dari dulu lagi Integriti SPRM ini menjadi persoalan. Banyak tindakan yang dilakukan agensi itu hanya menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat. Tapi tidak ada yang ambil peduli pun.

Sekarang SPRM dah dapat seorang Ketua Pengarah yang dipandang Suci diatas ketelusannya menjalankan tugas sehingga berjujuran air mata sewaktu mengadakan sidang media.

Maka tidak salah sekiranya pihak SPRM mendedahkan hasil siasatan mereka terhadap aduan yang dibuat oleh ahli - ahli PAS ini. Setidak - tidaknya, rakyat juga perlu tahu perkara sebenar.

Malah, hubungan akrab beberapa orang Taikun Besar di Malaysia dengan Tun Mahathir juga turut menjadi salah satu persoalan. Adakah mereka memang berkawan baik semenjak dari kecil?

Adakah taikun - taikun itu sering bertandang ke rumah Tun dan bermain guli semasa mereka bersekolah di Tadika? Atau, adakah mereka hanya mengenali Tun sewaktu dia menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini???

credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment