#DIBEBASKAN ~ Anwar tiba menghadap Agong di Istana Negara

Anwar menandatangani buku pelawat Istana Negara sambil diperhatikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri) dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara kira-kira pukul 11.50 pagi tadi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

Anwar yang berkot hitam dan berkemeja putih ditemani isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara kira-kira 11 pagi tadi.

Lembaga Pengampunan Diraja telah memuktamadkan pengampunan dan pembebasan Anwar hari ini. - K! ONLINE


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: