#KERAJAAN PH ~ Penjawat awam hilang kerja

850 pegawai Jasa lantikan JPA, SPA hadapi risiko dihenti tugas

Pelaksanaan dasar-dasar baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu menyaksikan implikasi besar terhadap nasib kumpulan tertentu dalam kalangan penjawat awam.

Ini berikutan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membubarkan beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Profesor Negara (MPN), Jawatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jasa, Tun Faisal Ismail Aziz (gambar) berkata, PH yang mahu melaksanakan manifestonya seperti menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan serta memperkenalkan semula subsidi minyak secara bersasar menyebabkan sebahagian penjawat awam bakal kehilangan pekerjaan.[Kosmo]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: