#KETELUSAN ~ 20 juta data pengguna bank hilang

Bank Komanwel Australia itu didakwa tidak menerima bukti tentang proses memusnahkan bahan terbabit.

CANBERRA - AUSTRALIA. Bank Komanwel Australia, semalam mengaku kehilangan rekod bank hampir 20 juta individu di bawah skandal pelanggaran terbaharu melibatkan pemberi pinjaman terbesar di negara itu.

Nama, alamat, nombor akaun dan penyata tersebut disimpan di dalam dua pita magnetik yang sepatutnya dimusnahkan oleh subkontraktor pada 2016.

Bank terbabit didakwa tidak memberitahu pelanggan mereka tentang 'masalah' itu walaupun tidak menerima bukti tentang proses memusnahkan bahan terbabit.

"Kami tidak dapat mengesahkan sama ada pita yang mengandungi data selama 15 tahun itu telah dimusnahkan dengan selamat. Ia tidak mengandungi kata laluan, nombor pin atau data lain yang boleh digunakan untuk mengaktifkan penipuan akaun," menurut kenyataannya kepada Bursa Saham Australia.

Ia turut menegaskan tiada bukti menunjukkan maklumat pelanggan terjejas berikutan mekanisme pemantauan masih wujud.

Difahamkan, kehilangan pita itu didedahkan Buzzfeed yang mendakwa ia sepatutnya dimusnahkan Fuji Xerox selepas penamatan pusat data. - BBC

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: