#KOLEKSI RESIPI ~ Kuih Kerbau Guling

KUIH Kerbau Guling bukan saja memiliki nama unik, malah rasa enak menjadi tarikan setiap kali Ramadan di kalangan penduduk tempatan di Rantau Panjang, Kelantan.

Kuih berasal dari Thailand itu dikenali dengan nama Kuih Hitam atau Koleh Hitam mempunyai tekstur lembut dan dimakan bersama kelapa parut.

Nama Kerbau Guling terhasil apabila kuih tersebut viral dimedia sosial dan para netizen menamakannya Kuih Kerbau Guling


Resepi Kuih Kerbau Guling
Bahan-bahan

-250gm tepung beras
-150 gm tepung jagung
-3 sudu bsr tepung beras pulut

-200 gm gula
-1/2 sudu teh kapur makan
-1/2 cawan santan pekat
-Air 1 liter stgh
-Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya)
-Secubit garam

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.

Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.

Sediakan bekas yang bersih. Pasikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.

Sediakan kelapa parut dari kelapa muda. Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung. Tak sedap nanti.

Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.

Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut.

Dah siap!

Macamana? Bolehlah cuba masakan ini sendiri nanti. Sebenarnya pembuatan lebih kurang seperti membuat kuih kasui sahaja. Cuma kali ini ianya bewrana hitam.
Selamat mencuba



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment