#PDRM ~ Kes Altantuya mungkin dibuka semula jika ada petunjuk baru - IGP


Siasatan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu mungkin dibuka semula jika terdapat petunjuk baru, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
“Itu bergantung kepada ada apa-apa penunjuk baru.
“(Jika) ada apa-apa perkara keperluan, kita akan ambil pertimbangan untuk buka,” katanya.
Bagaimanapun, kata Fuzi, “bukan pada masa ini”.
Pada 18 Mei lalu, Presiden Mongolia Khaltmaagiin Battulga meminta perdana menteri baru Tun Dr Mahathir Mohamad membantu keluarga Altantuya mendapatkan keadilan. - Malaysiakini.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: