#PRU 14 ~ 10 dan 11 Mei diisytihar cuti - KSN

ALI Hamsa dan isteri Puan Sri Rohani Abdullah mengundi di SK Putrajaya Presint 9 (1). FOTO Bernama

KERAJAAN menetapkan Khamis dan Jumaat (10 dan 11 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata, bagi negeri-negeri yang menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, maka Ahad (13 Mei) ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan.
“Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment