#PRU 14 ~ Adly Zahari dilantik Ketua Menteri Melaka baharu

PENGERUSI Pakatan Harapan negeri, Adly Zahari (tengah) melambaikan tangan kepada penyokongnya ketika hadir ke Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri ke-11 di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT, Seri Negeri, Ayer Keroh. - Foto Khairunisah Lokman

AYER KEROH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11 di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, sebentar tadi.

Surat pengisytiharan watikah pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baharu itu dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Roslan Ibrahim.

Adly, 47, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, menggantikan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dari Barisan Nasional (BN).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Rabu lalu, Adly yang juga lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang kejuruteraan elektrik menewaskan dua pencabarnya, Datuk Yunus Hitam dari BN dan Muhamat Bedol dari PAS dengan majoriti 3,159 undi.

Pakatan Harapan memperoleh majoriti mudah selepas menguasai 15 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka.

KETUA Menteri Melaka yang baharu, Adly Zahary menandatangani surat pelantikan jawatan Ketua Menteri Melaka yang ke-11 di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri, di Seri Negeri, Ayer Keroh. - Foto Khairunisah Lokman

INFO
Adly Zahari

Tarikh lahir - 15 Februari 1971
Tempat lahir - Kampung Pulau, Durian Tunggal
Isteri - Dalilah Awaludin, 48
Anak - 7 orang
Pendidikan - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Jawatan - Pengerusi Pakatan Harapan Melaka (2017-kini), Pengerusi Parti Amanah Negeri Melaka (2015-kini)

-BH Online-

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment