#PRU 14 ~ Calon Pas baca doa dalam program parti lawan

Abd Nasir diapit Mohd Noor (kiri) dan penyokong BN dalam program itu.

BALING - Calon Pas bagi kerusi Dun Bayu diberi penghormatan membaca doa dalam majlis pelancaran konvoi BN di Kampung Bawah Gunung di sini, semalam.

Calon Pas bagi kerusi Dun Bayu, Abd Nasir Idris berkata, kehadirannya dalam program itu tidak dirancang sama sekali.

Menurutnya, beliau diminta membaca doa selepas bertemu secara spontan dengan calon BN bagi kerusi Dun Bayu.
“Kami bertemu secara spontan, Mohd Noor Mohd Amin (calon BN) kemudian minta saya baca doa dalam majlis berkenaan.
“Ia selaras dengan amalan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dipraktikkan Pas. Bukan sahaja BN, jika dipanggil Pakatan Harapan (Harapan) pun saya hadir. BPMS bawa sejahtera kepada semua,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, sikap keterbukaan seperti itu telah diamalkan dalam program sebelum ini.
“Melalui budaya BPMS, saya juga menyantuni pondok pos gerakan BN dan Harapan di sekitar Baling.
 “Alhamdulillah hasil budaya BPMS menyebabkan suasana politik menjadi tenang dan harmoni. Berdasarkan maklum balas Ketua Polis Baling, belum ada satu laporan polis di Bayu,” katanya.[SH]
*Tahniah Calon PAS DUN Bayu.....Amalan politik matang..moga peroleh kemenangan

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: