#PRU 14 ~ PH bentuk kerajaan di Kedah, Mukhriz dilantik MB

SULTAN Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menganugerahkan watikah pelantikan jawatan Menteri Besar Kedah yang ke-13 kepada Pengerusi PH Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Istana Anak Bukit, Alor Setar. - Foto Amran Hamid

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-13 di Istana Anak Bukit, di sini, sebentar tadi.

Mukhriz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah mengangkat sumpah taat setia jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sebelum menandatangani watikah pelantikan.

Ini kali kedua Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah dengan yang pertama ketika bersama Barisan Nasional (BN) selepas parti itu merampas penguasaan negeri daripada PAS melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pelantikan Mukhriz itu sekali gus menutup spekulasi mengenai calon Menteri Besar Kedah, selain status PH yang diuar-uar berisiko dicabar sekiranya PAS dan BN bergabung di negeri ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH yang menggunakan logo PKR memenangi 18 daripada 36 kerusi DUN, manakala PAS (15) dan BN (tiga).[BH Online]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: