#VIDEO ~ Anwar Tonton Angkat Sumpah Dr Mahathir Sebagai PM

Anwar sedang menonton istiadat angkat sumpah oleh Tun Dr Mahathir Mohamed.

Istiadat angkat sumpah Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad di hadapan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara kira-kira jam 9.45 malam tadi turut disaksikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah lokasi yang dipercayai di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur.

Menerusi laman Facebook Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Dr Afif Bahardin video berkenaan memaparkan Anwar bersama seorang individu sedang menonton siarang langsung upacara tersebut sambil berbual dan tersenyum.



Video yang mula tular di media sosial itu dikongsi lebih 20 ribu pelayar dengan tontonan lebih 500 ribu.

Dalam PRU14 yang baru berakhir semalam, parti pembangkang Pakatan Harapan diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengalahkan parti pemerintah BN diketuai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kekalahan pertama parti tersebut sejak negara mencapai kemerdekaan.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment