#YE KE NI ~ Kerajaan 'gaya pembangkang' jejaskan pasaran - Najib

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tindakan kerajaan mengumumkan hutang negara lebih tinggi dari angka rasmi telah mengejutkan pasaran kewangan.

Beliau mengingatkan menteri-menteri Pakatan Harapan bahawa kenyataan mereka sekarang memberi kesan berbeza, tidak seperti sebelum ini.

Najib berkata, pengumuman bahawa nisbah hutang negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 65 peratus dan hutang negara lebih RM1 trilion tanpa memberikan perincian menyebabkan pasaran kewangan terganggu.

Selain itu, katanya, ia juga mencemaskan agensi penarafan kredit dan keyakinan pelabur terhadap Bank Negara.

Sebagai contoh, kata Najib, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 40.78 mata (2.21 peratus), sedangkan Bursa Saham Indonesia naik 0.71 peratus.

“Sudah pasti kejatuhan itu menjejaskan dana-dana kira seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Perbadanan Nasional Berhad, selain merendah kadar dividen untuk anggotanya tahun ini,” katanya.-mKini

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: