#APA AKU KAU RASA ~ Cetusan Rasa Geng Tomato

Lima tahun lamanya kami menyerang Kerajaan BN tanpa henti, dari isu sekecik biji quinoa sehinggalah isu bulu hidung Najib.

Semuanya kami gunakan. Tak habis serang Najib, kami serang Rosmah. Macam-macam gelaran kami gunakan utk jatuhkan nama baik dia, dari seorg perempuan gemuk seperti yang dikatakan Tun M sehinggalah bomoh tua dengan rambut gerbangnya.

Tak cukup serang Rosmah, kami serang pula anak-anak dan cucu Najib sekali dengan kucingnya yang gebu itu. Sebarkan segala macam keburukkan Najib, betul atau tidak, itu belakang kira.

Segala ilmu memfitnah, ilmu menghasut, macam-macam ilmu kami gunakan asal dapat calarkan nama Najib dan seluruh keluarganya.

Inilah kerja nya kami.

Adakah kami bangga dengan kerja kami?

Tidak! Tapi seperti kata Rafizi, kerja pembangkang adalah menghasut rakyat setiap hari sehingga Kerajaan BN tumbang, dan inilah yang kami lakukan.

Bermula 2009 ketika 1MDB mula diperkenalkan sejak bertukar nama dari TIA, kami dedahkan segala macam keburukkan yang 1MDB lakukan.

Dengan bantuan Sarawak Report, dan WSJ, kami sebarkan dalam media sosial bagaimana Wang Rakyat dicuri sehingga berbillion-bilion melalui Jho Low.

Tak cukup dgn sebaran propaganda ini, buat laporan polis di seluruh dunia mengenai penyelewengan 1MDB ini sehingga menjatuhkan pasaran ekonomi Malaysia.

Menariknya, ramai Rakyat Malaysia percaya dengan hasutan kami ini, sehingga tak ada seorang pun tanya dari mana sumber berita kami perolehi, samada betul atau tidak.

Sekiranya penyokong-penyokonh Kerajaan BN yang bertanyakan soalan yang susah kami nak berjawab, kami hanya perlu memaki mereka dan mengharamjadahkan semua penyokong-penyokong BN ini.

Sedangkan pemimpin-pemimpin DAP boleh memanggil orang lain dengan macam-macam gelaran, tak kan kami tak boleh?

Permulaan GST 6% adalah satu berita yang menggembirakan bagi kami, kerana dengan isu GST ini kami dapat tanamkan dalam minda Rakyat betapa susahnya hidup di zaman Najib. Kami olah cerita konon-kononnya duit GST ini digunakan utk membayar hutang2 1MDB.

Yang paling melucukan apabila pegawai-pegawai yang sepatutnya menerangkan GST ini tidak pula faham dan tahu bagaimana nak terangkan GST ini dan Rakyat Malaysia seperti biasa mempercayai segala pembohongan kami.

Kami sangat bernasib baik tahun ini kerana ramai pengundi yang tidak berapa cerdik dan mudah dihasut.

Bak kata Rafizi, kemenangan Pakatan Harapan hari ini bukanlah kerana kehadiran Tun M tapi adalah usaha kami yang berterusan dari dahulu sehingga sekarang. Tun M hanya menumpang usaha kami.

Walaupun begitu, kami berterima kasih dengan geng Bunga, kerana dengan kemunculan mereka, secara tiba-tiba media massa seluruh dunia menyebarkan propaganda 1MDB. Ajaib sungguh penangan 'Cash is King' ini.

Walaupun terkantoi oleh Syed Siddiq mengenai isu bayaran kepada pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan nama Najib, kami tutup cerita terkantoi itu dengan cerita lain yang lebih sensasi seperti cincin berlian ‘PINK’ yang kononnya dimiliki oleh Rosmah. Bijak kan kami?

9 Mei, bukti segala usaha kami untuk menghasut Rakyat Malaysia tidak sia-sia untuk membuang Kerajaan BN dan Najib yg kononnya penuh rasuah dan melakukan korupsi.

Kami berjaya tumbangkan Kerajaan BN dengan mainan "persepsi negatif', dicampur-adukkan dengan kepalsuan dan fitnah. Walau dengan Akta Anti-Berita Palsu sekalipun kami tidak akan goyah.

Kami anjurkan demo demi demo serata negara mengenai harga minyak mahal, gst, duit rakyat dicuri, 1MDB, Altantuya, dan seribu satu kisah dalam suapan berita kami di media sosial setiap hari. Rakyat Malaysia percaya cerita kami.

Samada cerita tahyul, mitos atau sekadar cerita rekaan, sebilangan besar mereka ini percaya dongeng yang kami dendangkan dan mereka inilah yang juga membantu menyebarkan cerita-cerita kami.

Terima kasih rakyat Malaysia yang percayakan kami.

Namun apa yang kami harap-harapkan selepas kemenangan Pakatan Pembangkang, tidak berlaku.

Harga Minyak tidak turun, harga barangan masih sama walaupun dah sifar GST kalau ganti dgn SST, kami yang bijak bistari ini memang tahu harga barangan bakal naik. Tak cukup dengan ini, isu 1MDB pula dah jadi cerita jenaka seluruh negara.

Hari-hari buat serbuan, hari-hari rampas barang-barang malah kasut baby pun jadi sasaran. Selepas itu hari-hari buat sidang media, tapi satu bukti pun tak jumpa?

Semua gambar-gambar yang disebarkan di media sosial itu pun tak betul. Apa punya kerja cincai la. Hanya memalukan nama baik kami.

Apa yang kami kesalkan lagi, apabila sudah menjadi Kerajaan, ramai lagi penyokong-penyokong Kerajaan ini masih bermain-main dengan persepsi.

Tak cukup dengan ini, Pemimpin-pemimpin Kerajaan Baru ini pula dengan sengajanya nak jatuhkan ekonomi negara dengan permainan Hutang Negara.

Apa semua ini?

Kalau tak mampu tunaikan janji, berterus terang saja lah sebagai Kerajaan yang berintegriti, bermaruah.

Kepada semua penjawat awam yg dibuang walaupun lantikan kontrak, kami minta maaf. Kami tak tahu kamu akan dibuang.

Kepada rakyat yang tak dapat duit raya tahun ini, kami minta maaf.

Kepada pemilik kasut baby warna merah tu, kami juga meminta maaf.

Kepada rakyat Sabah yang sepatutnya dapat 20% royalty minyak , kami minta maaf.

Nukilan geng tomato yang tersedar.

Amik kat sini tau

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Catat Ulasan