#MANIFESTO PH ~ Jajaran KL-Seremban, Salak Expressway bebas tol mulai 1 Jun.


Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) baru saja mengumumkan bahawa bermula jam 12.01 tengah malam 1 Jun 2018, tiada lagi bayaran tol dikutip bagi Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway (yang dahulunya dikenali sebagai sebahagian daripada Jajaran Lebuhraya Metramac) di Plaza Sungai Besi kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway/Salak Expressway ini kodnya adalah E 37.

Jalannya pula bermula dari berhampiran Lapangan Terbang Sg Besi hingga ke Tol Sg Besi. Kadar yang dikenakan bagi laluan ini adalah antara RM0.40 hingga RM1.70.

Ramai yang mungkin tidak tahu bayaran ini dikenakan sebab ia dicampur sekali dengan bayaran tol bagi sesiapa yang melalui Plaza Tol Sg Besi.

Ini bermakna, dengan penamatan tempoh konsesi jajaran tersebut, bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara RM0.40 hingga RM1.70, bergantung pada jarak perjalanan dan kelas kenderaan.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Catat Ulasan