#PDRM ~ Suspek rogol gadis 13 tahun diberkas

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun termasuk sebatan. - Gambar hiasan

PETRA JAYA: Suspek rogol gadis bawah umur berusia 13 tahun yang diburu polis sejak Sabtu lepas akhirnya berjaya ditangkap polis pada jam 10.15 pagi di sini hari ini.

Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai mengesahkan penahanan remaja berusia 19 tahun itu kepada media hari ini.

ARTIKRL BERKAITAN : #MALAM DURJANA ~ Gadis Sunti 'Diratah' Kenalan Baru

“Suspek berusia 19 tahun merupakan kenalan mangsa berasal dari Petra Jaya telah ditahan pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching," katanya.
Menurut Denis, ketika tangkapan polis turut merampas beberapa barang kes bagi membantu siasatan.

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun termasuk sebatan.

Pada Sabtu lalu, seorang gadis berusia 13 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol lelaki di sebuah taman rekreasi berhampiran Wisma Bapa Malaysia di sini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.[Awani]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Catat Ulasan