#TAHNIAH ~ Stadium Nasional Bukit Jalil Di Anugerah StadiumTerbaik Dunia


Stadium kebanggaan negara Malaysia iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) diumumkan sebagai pemenang Anugerah Stadium Terbaik Dunia bagi kategori Stadium Sedia Ada di Kongres Stadium Dunia 2018.

Stadium bertaraf antarabangsa ini menumpaskan tiga buah stadium ternama dari negara Perancis iaitu U Arena, Stade de France dan Nouveau Stade de Bordeaux.

Pernah ditutup pada 2015 kerana diubahsuai untuk digunakan ketika Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017. Stadium ini mampu menampung kapasiti sebanyak 87,411 penonton.

Selain daripada digunakan untuk acara sukan bola sepak olahraga, dan ragbi, stadium ini juga digunakan untuk pelbagai acara hiburan termasuklah tayangan filem Lee Chong Wei:


Menjulang Kejuaraan. 
“ Ini merupakan satu berita yang amat baik dan menunjukkan sikap dedikasi dan kerja keras daripada semua pihak yang terlibat untuk memenangi anugerah,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh KL Sports City.[Oh!Media]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment