#BUKTI ~ Tidak boleh sita Equanimity - Concerned Lawyers for Justice

Kerajaan perlu tunjuk bukti kapal mewah berkenaan ada kaitan dengan 1MDB

DUA anggota Platun Tiger daripada Pasukan Gerakan Am yang lengkap bersenjata ditugaskan mengawal laluan masuk di jeti yang menempatkan kapal mewah Equanimity di Terminal Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang semalam.

KUALA LUMPUR – Tindakan menyita kapal mewah Equanimity yang didakwa milik ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho tidak boleh dilakukan selagi tidak ada bukti atau kaitan munasabah yang boleh mensabitkan aset tersebut dengan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Setiausaha Agung Concerned Lawyers for Justice, Fatihah Jamhari (gambar) berkata, kapal tersebut tidak boleh disita kerana ia milik persendirian melainkan sudah ada bukti di mahkamah bahawa pembelian aset tersebut dibuat menggunakan dana 1MDB atau mana-mana anak syarikat yang berkaitan dengannya.


“Mengikut undang-undang, kena buktikan atau tunjukkan cara pembelian aset tersebut. Daripada dana mana ia diambil atau cara pembe­lian dilakukan sebelum tindakan sita boleh dilakukan.
“Setakat ini ia masih menjadi persoalan dan tidak dapat dipastikan sama ada terdapat dokumen me­ngenai pembelian kapal tersebut. Sekiranya sitaan dibuat dengan cara tidak wajar, ia telah menyalahi hak asasi manusia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelasnya, sekiranya pemilik kapal tersebut dapat membuktikan tindakan sitaan terhadap aset tersebut dilakukan secara salah, individu tersebut boleh mengemukakan tuntutan ganti rugi terhadap kerajaan Malaysia.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment