#PERLU BANTUAN ~ Korban Gempa Bumi Lombok Meningkat 347 Orang


JAKARTA – Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat di pulau Lombok, Indonesia meningkat kepada 347 orang, lapor agensi berita kerajaan Antara.

Agensi berita CNN semalam memetik Antara sebagai berkata, majoriti mangsa maut di Kayangan, utara pulau itu.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho berkata, seramai 1,447 mangsa cedera dan 165,003 penduduk terpaksa berpindah akibat gempa bumi 6.9 magnitud itu.

Difahamkan, kira-kira 200,000 orang tinggal di kawasan pergunungan di utara Lombok, menurut bancian pada 2010.

Selasa lalu, kerajaan menjangkakan 20,000 orang memerlukan bantuan dengan kira-kira 80 peratus bangunan musnah, ketika pekerja bantuan bertungkus lumus cuba sampai ke mangsa yang terjejas akibat bencana itu. – Agensi/ CNN



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment