#PRK PORT DICKSON ~ Penamaan calon 29 Sept bertembung dengan AGM Umno


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil Port Dickson akan diadakan pada 13 Oktober ini, manakala penamaan calon diadakan pada 29 September.

Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood, keputusan itu dicapai selepas badan pengendali pilihan raya terbabit mengadakan mesyuarat mengenainya ekoran pemakluman rasmi daripada speaker Dewan Rakyat pada 12 September lalu.

Dengan ketetapan itu, hari penamaan calon akan berlaku serentak pada hari Umno mengadakan perhimpunan agung tahunannya kali ini.

Untuk rekod, perhimpunan agung tahunan itu adalah yang pertama melibatkan Umno sebagai pembangkang.

Berbanding sebelum ini, ia hanya diadakan selama dua hari.

Sementara itu, SPR juga mengumumkan hari pengundian awal pada 9 Oktober dan undi pos luar negara pula dibuka 10 hari bermula 20 hingga 29 September.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Post a Comment