#MOWGLI MALAYSIA ~ Syukor Khamis Kampung Boy Terengganu

Foto - Pok Abbas

Khamis Jusoh, 63, dan anaknya, Muhammad Syukor Khamis, 14, menjadi tumpuan orang ramai selepas tular kerana keakraban anak lelakinya bersama haiwan kesayangan mereka.

Ditanya mengenai kesediaannya bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menaikkan nama Terengganu, beliau menyatakan keterbukaannya menerima kedatangan pelbagai pihak.

"Selagi saya ada, tidak menjadi masalah. Semua ini untuk mewarisi apa (keunikan) yang kita ada, saya tidak keberatan menerima kerjasama daripada kerajaan atau sesiapa pun.

"Cuma, jika betul berlaku kerjasama seperti dalam bidang pelancongan, sumbangan itu perlu ada bagi menyediakan tempat yang sesuai untuk pelancong yang datang," katanya dalam pertemuan di Kampung Kubang Bujuk itu.

Bapa kepada lapan orang anak itu turut berharap dapat mewariskan perusahaan haiwan ternakan kepada anak-anaknya untuk diteruskan.

"Saya bermain dengan haiwan ini daripada kecil, sekitar umur 5 hingga 6 tahun sudah mengikut ayah ke kandang menguruskannya dan kerbau-kerbau ini sebahagiannya diwarisi daripada ayah saya.

"Anak-anak saya semua rapat dengan haiwan peliharaan ini.

"Bagaimanapun, harap kalau boleh mewarisi pun kepada Syukor lah kerana dia dilihat lebih berminat dalam bidang ini berbanding abang dan kakaknya yang lain," katanya.

Khamis memiliki sekitar 115 ekor kerbau selain lembu, kambing dan ayam. Perusahaan tersebut dijalankan sepenuh masa dengan dibantu anak-anaknya.

Keluarganya mula menjadi tumpuan selepas tular kemenangan jurugambar, Nazri Sulaiman yang memaparkan keakraban Syukor dan kerbau peliharaannya yang dipilih sebagai Imej Asia 2018 oleh Asia Geographic bagi kategori Jalanan atau Orang Terbaik.

Credit :teganukita.net

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner
Catat Ulasan