#VIDEO ~ Puluhan penunggang motosikal dirempuh lori ketika berhenti tunggu lampu isyarat

KEMALANGAN ngeri berlaku semalam menyaksikan puluhan penunggang motosikal yang berhenti menunggu lampu isyarat dirempuh oleh sebuah lori kontena dari arah belakang.


Maklumat dari media sosial mendakwa puluhan mangsa cedera parah, dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan, manakala 3 maut dalam kejadian yang berlaku di Ben Luc, Vietnam itu.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak jauh dari lokasi kejadian tersebar di media sosial sejak semalam.

Berdasarkan rakaman itu, puluhan penunggang motosikal sedang berhenti menunggu lampu isyarat, sebelum sebuah lori kontena yang meluncur laju merempuh mereka dari arah belakang.

Kelihatan sebahagian mangsa yang digilis di bawah lori, dan sebahagian lagi tercampak ke sisi akibat kesan rempuhan berkenaan.

Di bawanya rakaman CCTV yang tersebar itu, sila klik untuk menonton video.



credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner