#KOLEKSI RESIPI ~ Solok Lada Kelantan

Resipi Solok Lada Kelantan cara Aishah Toke Kek


Bahan-Bahan:

-20biji Lada solok
-Ikan selayang 12 ekor
-5 ulas bawang merah
-1inci halia
-Kelapa parut putih rm3
-150ml Santan untuk merebus solok lada.

Cara Membuat:

1. Ambil isi ikan mentah yang di buang tulang
2. Belah memanjang lada dan buang biji.
3. Tumbuk bawang dan halia, bila dah lumat masakan isi ikan mentah tumbuk lagi, masukkan kelapa parut. Tumbuk sehingga lumat.
5.perasakan dengan garam dan gula.
6. Sumbat bahan inti ke dalam lada.
7. Rebus solok lada dengan sedikit santan.

Bahagian dasar periuk jangan lupa alas dengan kubis/kacang panjang(nak elakkan solok hangit)

Rebus sehingga santan kering. Dah siap.

Selamat mencuba 😋




credit : Aishah Toke Kek‎


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Tiada ulasan