#BREAKING NEWS ~ Celcom Mengalami Gangguan Rangkaian Di Perak, Kedah, Perlis Dan Pulau Pinang

Celcom baru sahaja mengumumkan melalui satu kicauan di akaun Twitter mereka bahawa rangkaian mereka sedang mengalami gangguan di beberapa negeri di kawasan utara Semenanjung Malaysia.

Jika anda seorang pelanggan Celcom di negeri-negeri Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, anda akan mengalami gangguan data, membuat panggilan dan juga menghantar SMS.




Celcom telah mengenalpasti bahawa gangguan ini berlaku oleh kerana kerentanan kabel gentian optik mereka, dan kerja membaikpulih isu tersebut sedang berjalan, dan ia dijangka bahawa rangkaian LTE, panggilan dan SMS semuanya akan beroperasi dengan biasa pada pukul lapan malam ini.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Tiada ulasan