#POLITIK KATAK ~ Zakir Naik Dapat PR Semasa Rais Yatim Jadi Menteri, Tapi Rais Yatim Pertikai Status Tersebut.

Portal Malaysiakini melaporkan kenyataan Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Rais Yatim yang mempersoalkan kenapa pendakwah kelahiran India, Dr Zakir Naik mempunyai status pemastautin tetap (PR) di negara ini.


"Kita membelakangkan perundangan negara kita dari segi masuknya seseorang mendapat taraf PR, tanpa sesuatu yang dijelaskan kepada rakyat apa sebenarnya faedah yang akan diperoleh yang mufti kita tak boleh beri.
Adakah sebab beliau boleh mengislamkan orang tertentu sahaja atau ada ilmunya yang orang Malaysia tak ada? Saya ingin tahu juga sebab-sebabnya tapi sampai ke saat ini 'melenguhnya kerbau di padang', saya tak ada dapat perjuangan yang boleh dipandang.
"Bagaimana beliau mendapat taraf PR? Adakah bergantung kepada pelaburan yang beliau bawa?," memetik kenyataan Rais dalam laporan itu.






Mengikuti perkembangan berita itu, pendakwah terkenal di Malaysia, Ustaz Firdaus Wong kemudiannya tampil memberikan jawapan.

Katanya, Zakir Naik mendapat status PR ketika Rais memegang jawatan sebagai Menteri Komunikasi.

Ini bermakna ia dalam pengetahuan dan kesedaran Rais Yatim, maka amatlah pelik untuk Rais Yatim bertanyakan soalan yang dia telah tahu jawapannya.

Berikut adalah jawapan penuh Ustaz Firdaus Wong kepada soalan Datuk Seri Rais Yatim;

Memandangkan Tan Sri Rais Yatim bertanya dan ramai pula pak turut mengiyakannya seolah-olah soalannya terlalu hebat sehingga tiada siapa mampu menjawab, izinkan saya kongsikan jawapan kepada Tan Sri.

DZN menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2013 ketika Barisan Nasional membentuk kerajaan d mana Tan Sri adalah ahli dalam BN. DZN menerima PR beliau pada tahun 2012 ketika Tan Sri sendiri adalah Menteri Informasi, Komunikasi & Kebudayaan.

Kepada persoalan lain yang Tan Sri kemukakan iaitu apakah DZN diberikan PR kerana beliau memiliki ilmu yang orang Malaysia tiada atau beliau mampu mengIslamkan orang lain? Jawapan saya kepada Tan Sri adalah, setiap orang ada kepakaran yang boleh dimanfaat untuk Islam dan kepakaran DZN juga boleh dimanfaat oleh orang lain.

Apakah kepakaran DZN tiada pada orang Malaysia? Jawapan saya adalah ada kepakaran DZN yang tidak dimiliki tetapi boleh dimanfaatkan oleh orang Malaysia. Saya doakan agar Tan Sri terus dikurniakan kesihatan dan kecerdasan mengembalikan keharmonian negara dari politikus yang suka mempolemikkan isu serta yang teragak-agak bersuara mempertahankan islam tetapi cepat mengkritik orang Islam. Allahuma Ameen. - 5 September 2019.

credit


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Tiada ulasan