#TREND BISNES ~ 6 sebab tak beralih ke ecommerce akan membunuh bisnes online anda


Tahun 2019 menampakkan peralihan trend pembeli dan penjual di dalam dunia bisnes online.

Dahulu pada tahun 2010 peniaga-peniaga bisnes online sering mentertawakan mereka yang menjalankan perniagaan secara tradisional menggunakan kedai fizikal sebagai medium untuk berniaga.

Tetapi sejak tahun 2018 sehingga sekarang kita lihat ramai peniaga-peniaga online yang gulung tikar akibat terkesan daripada persaingan dengan gergasi seperti Shopee, Lazada, terkini Fingo dan sebagainya.


Bermula dari awal tahun 2019 kita dapat lihat bahawa trend peniaga-peniaga yang menjual menggunakan website (E-Commerce) sudah mula menampakkan hasil kerana banyak perkara baru yang dapat membantu meningkatkan jualan dengan kos yang rendah dan efisien.

Dengan teknologi tracking contohnya seperti Facebook Pixel dan Google Ads Conversion Tracking, semua orang boleh terus membuat jualan dengan e-commerce.

Tidak mustahil jika anda tidak cuba adapt dan berubah ke E-Commerce sekarang, anda mungkin akan senasib dengan peniaga-peniaga tradisional dahulu yang masih kekal dan lambat adapt dengan teknologi.

Berikut adalah faktor-faktor yang akan menyebabkan perniagaan online anda menjadi korban arus teknologi dalam masa beberapa bulan dari sekarang.


1. Polisi kerajaan
Kerajaan memperkenalkan pelbagai polisi yang ketat untuk peniaga online. Antaranya adalah denda RM50,000 kepada peniaga online yang tidak mempamerkan harga dan juga cukai jualan.

2. Malas nak whatsapp
Pembeli sudah muak dan jelek dengan terpaksa whatsapp hanya semata-mata untuk dapatkan harga. Respon yang lambat dari penjual juga membuatkan pembeli makin malas nak whatsapp dan lebih gemarkan pembelian di website.

3. Persaingan marketplace
Tumbuh marketplace yang banyak seperti Shopee, Lazada, terkini Fingo dan sebagainya dimana peniaga-peniaga di Malaysia terpaksa bersaing dengan persaingan yang tidak adil dan tidak sihat. Sebagai contoh penjual phone case di Malaysia terpaksa bersaing harga dengan penjual phone case dari pemborong China yang menjual pada harga yang jauh lebih rendah.

4. Sistem pengurusan
Sistem pengurusan pembelian yang berterabur dan tidak sistematik. Bayangkan semua data pemebelian yang ada di media sosial atau whatsapp anda perlu pindahkan kepada sistem yang lain untuk proses order dan tracking secara manual. Keadaan ini menimbulkan human-error di mana kesilapan dari pekerja sering terjadi dan seterusnya membantutkan lagi perkembangan bisnes online anda.

5. Sukar nak scale-up
Kesukaran untuk scale-up marketing kerana tenaga manusia terhad untuk menjawab pertanyaan prospek. Bayangkan jika sebulan 35,000 orang bertanya tentang produk kita. Jadi agak-agak berapa ramai pekerja yang kita perlukan untuk menguruskan pertanyaan prospek yang ramai?

6. Sukar untuk membaca data
Platform pengiklanan seperti Facebook, Instagram, dan lain-lain sukar untuk memberikan data pengiklanan yang tepat kepada peniaga online kerana kebanyakan urusan pembelian direkod secara manual. Jika anda jalankan kempen ke whatsapp, Facebook hanya tahu berapa banyak prospek yang klik iklan anda. Sama ada convert atau tidak, Facebook tidak mempunyai data. Jadi Peniaga terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan target market yang betul dan tepat.

Kesimpulan
Jika kita gunakan platform e-commerce semua masalah ini dapat diatasi dengan betul. Hanya duduk di hadapan komputer dan menguruskan semua data-data secara sistematik.

Terdapat banyak bukti case-study yang boleh anda lihat bagaimana cara untuk menjalankan perniagaan online menggunakan Website (E-Commerce) mampu menjana ratusan ribu ringgit sebulan tanpa perlu membuang masa dan wang ringgit menjawab pertanyaan prospek di whatsapp.

Mungkin anda sedang selesa dengan perniagaan online menggunakan Whatsapp sebagai medium close sale.

Tetapi ketahuilah hakikat yang nyata, di mana ramai yang sudah ke hadapan menggunakan website E-commerce untuk membuat jualan.

Sebahagian pembeli juga sudah bijak dan berjinak-jinak untuk membeli di website E-Commerce.

Persoalan penting yang perlu anda tanya diri anda adalah “Apa akan terjadi bila semua orang sudah membeli di website E-Commerce dan dimanakah perniagaan online anda ketika itu?”

Adakah pada waktu itu anda baru nak mula belajar menggunakan Website E-Commerce?

Berapa pula masa yang perlu anda ambil untuk Test dan Run strategi pemasaran menggunakan E-Commerce?

Think about it.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Tiada ulasan